Monday, March 03, 2014

#4

Terkadang apa yang kita rasa benar tu sebenarnya tak benar

kadang kita rasa 
kita dah cukup untuk jadi yang terbaik
tapi sebenarnya tidak
hanya kita sahaja
sebab manusia tak pernah bersyukur
tak pernah nampak apa yang ada didepannya

setiap kesilapan
atau
kesalahan

mungkin
ujian dari Allah
dan cuma mungkin
Peringatan dariNya

dan

kadang kadang kita terlampau setia
tapi kita tak tau kesetiaan tu memakan diri kita

kadang kita terlampau jujur
tapi kejujuran itu akhirnya hilang begitu saja

kadang kita terlampau percayakan seseorang
tapi kita tak sedar kepercayaan itu 
sedikit demi sedikit dimainkan

dan 

kadang kita sehabis daya menjadi yang terbaik
tapi
hakikatnya
kita tak pernah jadi yang terbaik
untuknya

kononya
hidup ini 
kelemahan kau
dan
kelemahan aku
adalah satu pelengkap antara kita

tapi 
semua tu dusta

jujur
hati dah penat
perasaan ini dah tiada
yang ada
hanya
putus asa

benar

berdoa
dan terus berdoa
tapi
belum sampai waktunya untuk dimakbulkan

aku cuma redha

yang pasti
Allah itu Maha tahu 
segala yang terbaik
untuk aku
dan kau

dan satu lagi

yang aku pasti
aku hanya mahukan yang paling baik
untuk kau

sebab aku tau
kau memang layak dapat yang terbaik



Friday, February 28, 2014

#3

Kadang kadang kan
Allah temukan kau dengan orang yang salah
sebab--
Dia nak ajar kau erti syukur bila kau dapat orang yang kau dah idamkan

dan

Kadang kadang Allah jodohkan dengan orang yang salah
sebab--
Allah nak uji kesabaran kau dekat sini

Nanti dekat 'Sana' ,
inshaAllah DIA akan permudahkan
dengan syarat
redha

Kadang kadang Allah datangkan ujian ,
sebab--
Dia nak tengok sejauh mana kau ingat dekat DIA
untuk mohon pertolongan dia

dan
sebab lain--
adalah
sebenarnya Allah nak ingatkan kau dekat DIA yang dah lama kau tinggalkan

itu je

Sejadah
Kat mana?

Bila kali terakhir dahi kau sujudkan kat sejadah?

Mohon muhasabah diri

Setiap dugaan itu datang bersebab
cuba
ajar diri tu untuk Husnuzon

Jangan asyik tunding jari
ke sana
sini
dan kadang kala tunding yang 'Di atas'

fikir dosa kau
dosa lama lama
Kalau kau tak ingat
ini salah satu cara Allah bagi kau ingat balik

supaya
kau tak makin dilambung ke atas

supaya
kau tau
jatuh tu bagaimana

mungkin setiap apa yang kau dapat sekarang
Balasan tuhan

Aku dah cakap
setiap kali
setiap apa yang jadi

Mohon ajar diri tu supaya Husnuzon

Tak susah
Serious tak susah..

Thursday, February 20, 2014

#2

Sibuk meminta di twitter dan FB
Doa yang ini , doa yang itu buat paparan semua
Tapi pernah kau sujud , tadah tangan minta dekat Dia
Dengan cara proper
Pernah ?

Tipikal manusia macam kau
Yang tak pernah bersyukur apa yang dah diberi

Kenapa?
Sebab kau tak pernah hargai setiap apa yang dipinjam.

Satu hari kalau Allah tarik
saat tu kau nak nangis?
merayu simpati?
menagih kasih?

Sadis...

Jangan pernah tinggalkan orang yang kau sayang untuk orang yang kau suka sebab nanti orang yang kau suka tu akan tinggalkan kau untuk orang yang dia sayang.


Ingat,
Janji Tuhan tu pasti

Yang membezakan cuma --
Masa?
Dimana?
dan
Bila?


Seperkara lagi
yang perlu kau semat hebat dalam fikiran kau

Sesungguhnya ,
Doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan oleh Allah


Fikirkan--
Berapa hati manusia kau dah robek
Dek perasaan kau yang inginkan semua orang menjadi kepunyaan kau


Tak pernah belajar bersyukur?
Kalau gitu,
Cuba belajar... 

Doa
Mohon petunjuk dari yang Esa