Wednesday, May 15, 2013

Tabah

Stay strong. itu adalah satu perkataan yang acap kali orang sekeliling kita akan cakap bila kita ditimpa sesuatu yang buat kita down.

ye satu perkataan yang sangat mudah untuk dicakap. tapi hakikatnya? peritnya ia ? 

tuan badan je yang tau. 


percayalah....


sekuat mana kau suruh aku kuat , berapa kali kau bilang aku ini kuat. 
jujur dalam hati , aku luruh. seluruh luruhnya. aku makin sebak.

sebak sebab ada orang yang masih percaya aku ini kuat. 

walhal aku adalah lemah. 

Sebab itu , aku takkan menangis depan orang. kecuali aku betul betul sakit. hati aku mungkin dah tak dapat nak terima. dan mungkin masa itu hati aku benar benar hancur. dek kerana kehancuran itu aku akan menangis semahu mahunya seperti budak kecil yang mahukan gula gula di pasaraya. 

ye. itulah aku. 

harini mungkin aku menangis hiba meratapi kehancuran hati aku , tapi mungkin esok aku lah orang yang paling bahagia. 

aku percaya satu. dunia ini ibarat roda.

adakala aku di atas , adakala aku di bawah. itulah kehidupan namanya

dah mungkin kau takkan nampak aku sedih. tetapi dalam hati aku ? 

sedarilah , sikit pun apa yang kau buat dekat seseorang , mungkin 'sikit' itu lah akan memberi kesan yang sangat mendalam padanya. 

sebab...

kau tak tau apa yang dia lalui selama ini 

No comments: