Saturday, February 08, 2014

#1

Jujur ,
aku tak kesah macam mana fikiran kau terhadap aku

sebab aku percaya satu
kau tak pernah lalui kehidupan aku
kau tak rasa apa yang aku rasa
kau tak pernah lalu jalan yang aku tempuh selama ni

pada aku
kau tak layak nak kecam aku tentang apa sekalipun
jujur
kau memang benar tak layak

fikir
siapa kau dengan aku
layakkah kau nak kecam aku
fikir baik baik

walhal
kau hanya tau nama aku
tapi kau rasa kau tau semuanya
ha-ha-ha
bedebah sungguh kau

jika kau tau apa yang aku lalui
ataupun
kau tukar hidup kau dengan aku

aku yakin
kau takkan sekali kali kecam aku

malah
kau akan terkejut macam mana aku boleh jadi sekuat ini

cacilah selama mana kau boleh caci
maki lah selama mana kau boleh caci
kutuklah selama mana kau boleh kutuk

yang pasti ,
apa yang milik aku
aku akan pertahankan
selamanya aku akan pertahankan

yang boleh ubah cuma satu
Yang di atas sana
Yang Satu itu
hanya DIA
yang maha tahu segala galanya
yang maha tahu apa yang terbaik
untuk aku
untuk kau
dan semua

maka kau hanya perlu
doa , redha dan tawakal

Sunday, January 12, 2014

Nikmat

kadang kadang apa yang kita nak takkan dapat
sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita

kadang kadang kita mempertikaikan apa Allah bagi kita
tapi dalam tak sedar kita tak perasan ada hikmah yang terjadi disebalik tu

kadang kadang Allah tak jawab doa kita
sebab dia tahu ada yang lebih baik untuk kita

seseorang tu kalau pergi dalam hidup kita , bersyukurlah.
sebab kita tau Allah telah jauhkan kita dengan seseorang yang tak reti bersyukur atas kehadiran kita.

Kadang kadang kita selalu mempertikaikan kenapa Allah bagi ni , kenapa tak bagi itu. tapi kita tak tahu kenapa.

Kau bandingkan diri kau dengan orang lain
tapi kau tak tau mungkin orang lain tu ada kekurangan dia juga

Jangan pernah berhenti berharap pada Allah. sebab hanya dia yang tahu segala yang terbaik untuk kita.

Dalam tak sedar Allah temukan kita dengan orang yang boleh jaga kita,


Allah tu ada , sentiasa ada..

Tadah tangan , berdoa . Janji Allah tu pasti

lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik manakala lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat .

maka , jangan putus berdoa . Satu hari Allah akan makbulkan doa kita. InsyaAllah.

Tuesday, June 25, 2013

Manusia

Hari hari kena hadap sebeban perangai perangai manusia dalam dunia
apakan daya , kita manusia tak pernah ada yang sempurna

perasaan kau je if kau rasa kau terlalu sempurna
terlalu hebat
terlalu baik di mata semua

walhal disekeliling kau orang sibuk mengata

tak pernah ke kau sedar
setiap mimik mimik muka mereka bila kau mula lantang bersuara

mereka cuba menelan bait bait bicara kau
walhal mereka tau tidak benar
mereka tahu kau salah
tapi mereka mengiyakan je

akhirnya kau yang dibodohkan
kau yang ditikam belakang
kau yang diumpat oleh mereka

percayalah. kuat mana kau cuba untuk puaskan hati semua
kuat mana kau cuba untuk jadi yang terbaik
pasti ada segelintir mereka yang tak pernah puas

kerana kita tahu manusia dia tidak pernah punya sifat sempurna