Tuesday, June 25, 2013

Manusia

Hari hari kena hadap sebeban perangai perangai manusia dalam dunia
apakan daya , kita manusia tak pernah ada yang sempurna

perasaan kau je if kau rasa kau terlalu sempurna
terlalu hebat
terlalu baik di mata semua

walhal disekeliling kau orang sibuk mengata

tak pernah ke kau sedar
setiap mimik mimik muka mereka bila kau mula lantang bersuara

mereka cuba menelan bait bait bicara kau
walhal mereka tau tidak benar
mereka tahu kau salah
tapi mereka mengiyakan je

akhirnya kau yang dibodohkan
kau yang ditikam belakang
kau yang diumpat oleh mereka

percayalah. kuat mana kau cuba untuk puaskan hati semua
kuat mana kau cuba untuk jadi yang terbaik
pasti ada segelintir mereka yang tak pernah puas

kerana kita tahu manusia dia tidak pernah punya sifat sempurna

No comments: